SIAPA AKU?
- Mar 4, 2016
- 1 min read
Nama ku Enatasha. Selalunya orang menyapa aku dengan panggilan ena atau kakak. Kadang-kadang ada juga yang menyapa aku dengan panggilan tasha. Tapi aku lebih suka dan lebih selesa dengan panggilan ena ataupun kakak. Bulan enam ni aku sudah genap dua puluh satu tahun. Tua sudah sebenarnya tapi, perangai still macam budak-budak. Aku suka sangat menyanyi. Toilet la di mana tempat aku melontarkan suara. Syok gila. Aku bukan ulat buku tapi ada la certain buku yang akan ku baca kalau menarik minat ku. Selain menyanyi, aku bole bermain gitar tapi belum sampai tahap pro lagi la. Keluarga ku tidak lah besar sangat. Aku ada seorang adik perempuan dan aku adalah anak sulung. Lagi satu aku ni memang gila sangat dengan movie korea dan thai. Bukan apa, minat tengok movie dorang pun sebab bole la aku perasan sikit dalam movie tu konon-konon cerita life ku. Biasa la hormone teenager la katakan.
Orang cakap hidup kena ada vision, mission and goal. Memang betul. Memandangkan sekarang ni mak aku sudah ada butik persendirian, so tidak salah untuk aku jadi wedding planner mak aku. Kan. Aku minat dengan dunia fesyen. Major ku di kolej dulu Business Studies. Macam lari pitching pulak kan. Eh, tidak la. Aku ambil major buisness so nanti aku tahu la selok belok dunia perniagaan. Tidak la aku buat business hangat-hangat tahi ayam. Jadi wedding planner tu sudah pasti, tapi yang sekarang aku tengah fikir ni macam mahu jadi designer pula. Assume la yang aku ni demand betul mahu jadi wedding planner dan designer. Semua tu plan sahaja, tapi Allah yang menetukannya. In sya allah.


Comments